Spaghetti Carbonara

Bookmark and Share


Kecanggihan teknologi membantu kita untuk berkongsi maklumat di seluruh pelusuk dunia. Dunia menjadi tanpa sempadan. Saya menggunakan sepenuhnya teknologi ini untuk melayan hobi mencuba resepi resepi baru. Melihatkan anak anak yang gemar sekali memakan spagethi Carbonara, saya memutuskan untuk cuba memasaknya sendiri. Setelah mencari berhari hari lamanya resepi dan petua untuk memasak pasta ini, saya telah memasak menggunakan resepi di bawah yang telah saya gabungkan dari beberapa resepi ... walaupun gambarnya nampak tak menarik, tapi rasanya hmmm sedap ...


Spaghetti Carbonara

1/2 ketul buttercup
Sedikit olive oil
4 ulas bawang putih (cincang)
1/2 pek daging cincang ramli (atau dada ayam)
1 tin mushroom soup campbell
1 kotak kecil fresh milk
3-5 keping cheese kraft
Cendawan butang
Black pepper
Fresh parsley



Cara cara

Panaskan kuali, masukkan sedikit olive oil dan ½ buku butter cup. Masukkan bawang putih yang diketuk dan cincang (bawang besar potong dadu, jika suka) hingga kekuningan. Masukkan daging cincang dan angkat.

Guna kuali yang sama, masukkan 1 tin mushroom soup Campbell classic dan 1 tin air.  Kacau rata dan bila tak berketul, baru buka api.


Masukkan 1 kotak kecil fresh milk dan 3 kpg cheese kraft, masukkan black pepper, garam dan 1 sudu gula.

Tuang daging tadi dalam sos mushroom.


Tuang sos atas spaghetti bila nak dimakan. Tabur parmesan cheese, daun parsley dan black pepper


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger