Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan kawan yang telah memberikan ucapan tahniah, doa dan pelbagai ucapan sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke25 pada hari ini. Saya harus akui bahawa tempoh ini adalah tempoh yang cukup untuk mematangkan umur sebuah perkahwinan. Namun dalam perkahwinan terdapat suka duka, bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitu juga dengan kami, namun kesabaran dan ketabahan telah menyebabkan perkahwinan masih bertahan sehingga ke hari ini. OK lah kita beralih pula pada resepi yang saya ingin kongsikan pada hari ini, iaitu Puding Raja.
Hasrat untuk membuat Puding Raja akhir tercapai apabila hubby mempunyai tugasan di Kota Bharu. Saya memesan hubby membeli jala emas yang merupakan antara bahan penting yang memberikan kesedapan pada puding raja. Saya berbelah bahagi samada untuk membuat jala emas sendiri atau membeli yang ready made sahaja. Kalau ada yang berminat untuk cuba membuatnya sendiri, bolehlah rujuk pada entri yang dikongsi oleh sahabat saya di blog Spices Journey.

Selepas mempunyai stok jala emas, masalah yang saya hadapi adalah mencari pisang lemak manis yang merupakan bahan utama dalam penyediaan Puding Raja. Lama resepi ini diperam dan lama juga jala emas disimpan. Saya sebenarnya tidak pernah melihat pisang lemak manis, apalagi membelinya. Kawan kawan fb memberitahu yang pisang ini boleh dibeli di Pasar Borong Selayang. Tapi bukan mudah untuk kami ke sana, seingat saya hanya sekali atau dua saya ke sana. Itupun dah berpuluh tahun lepas. Hari ini, akhirnya hasrat saya untuk membeli pisang lemak manis tercapai apabila selepas bersarapan, saya tergerak hati untuk singgah di gerai pasar tani di tempat parking di Tangling dan mendapati ianya ada dijual di situ.
Yeaay akhirnya ... Saya menghantar What's App meminta Nana menyediakan puding raja hari ini. Walaupun tak betul betul dihias cantik, namun puashati kerana dapat akhirnya menikmati puding raja yang telah lama diidam idamkan. Resepi Puding Raja ni dah lama saya perolehi dari buku masakan Air Tangan Tengku Puan Pahang yang dihadiahkan oleh Dato' Daing Khatijah yang ditandatangani oleh Tengku Puan Pahang sendiri, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan idola saya sejak dulu.

Jom layan resepi dulu....
Sumber: buku Air Tangan Tengku Puan Pahang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 sikat pisang lemak manis - buang kulit
1 cawan biji gajus - digoreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun - potong 4
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur - ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut citarasa)
Daun pandan - simpul
Esen vanilla
Esen vanilla
Cara memasak:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar