Resepi ini saya belajar dari kakak ipar saya, Norazleen di Ipoh semasa berhari raya di rumah mereka pada hari raya ketiga baru baru ini. Kebetulan semasa kami sampai, beliau sedang merebus buah buahan campuran untuk membuat Kek Buah Buahan. Apa lagi blogger masakan macam saya memang tak melepas peluang untuk bertanya resepi kerana saya memang mencari tested recipe untuk dicuba dan dikongsi pula bersama dengan pembaca blog Azie Kitchen.
Kakak ipar saya ni memang pandai memasak dan resepi yang digunakan biasanya sangat mudah. Antaranya ialah resepi Rendang Daging Perak berwarna hitam di SINI yang selalu disediakan pada musim hari raya. Saya juga suka kek buah kukus yang disediakan sebelum ini, memang sedap kerana saya memang penggemar Kek Buah. Resepi ini adalah antara resepi yang selalu beliau gunakan dalam menyediakan kek buah terutama di hari raya.

Sedap dan moist kek buah ini dan buah buahnya juga terletak cantik selepas ianya direbus yang menjadikan buahnya lebih ringan. Aduh kek yang dipotong dalam gambar ni tak berapa kemas sebab yang mengambil gambarnya adalah anak saya Aween sewaktu saya sedang sibuk memasak untuk hidangan makan malam dan berbuka puasa. Tapi jangan pandang rupa jer kerana rasa nyer, aduhaai sedap tau... Nota: selepas 3 hari, saya ambil gambar baru.
Jom kita tengok resepinya...
Kek Buah Buahan Campuran
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
250 gram butter
500 gram mix fruit
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
1 cawan air sejuk
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
Cara cara:
Rebus buah buahan campuran bersama air dan gula sehingga buah kembang. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga bahan bahan tadi sejuk.
Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan buah rebus tadi dan dikacau dengan senduk.
Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang telah disapu dengan butter.
Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Angkat dan disejukkan seketika di dalam loyang sebelum disejukkan sepenuhnya atas wire rack.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar