Spagheti Bolognese

Bookmark and Share


 


Hari ni hubby tak ada di rumah kerana menghadiri function di Langkawi. Tinggal lah I dg Juita dan Aween sahaja di rumah. Jadi pagi pagi dah ke dapur menyediakan sarapan. Sarapan saya ialah keropok lekor yang menjadi kegemaran sejak kecil dan spagheti bolognese yang saya masak untuk membuat Baked Meatball Pasta tengahari nanti dan lasagna di sebelah malamnya. Kiranya hari ni, kami hanya makan western food jer dari pagi sampai malam. Sos spagheti saya buat secara sempoi jer, menggunakan apa apa jer bahan yang tersedia di dapur.

Jom kita tengok bahan bahan yang digunakan ... jom

Spagheti Bolognese

Bahan bahan
1 botol sos spagheti original prego
1 tin tomato puree
1 tin tomata cincang
Daging cincang
Bawang putih
Bawang besar
Mushroom
Lada benggala
Serbuk lada putih
Italian herbs
Garam dan gula


Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit cili kisar bagi memberi sedikit rasa pedas.

Masukkan daging cincang. Goreng sehingga daging agak masak, masukkan sos spagheti dan tomato puree serta tomato cincang. Masukkan sedikit air.

Renihkan dan masukkan mushroom, bawang besar dan sayuran. Boleh juga bawang besar ditumis selepas bawang putih. Renihkan lagi. Masukkan garam, gula dan herbs. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Bolehlah dihidangkan dengan menuangkan sos spagheti ke atas spagheti yang direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun.

Taburkan fresh parsley. Saya hanya guna dried parsley kerana mencari di Giant tempohari, tak ada. Taburkan sedikit parmesan cheese. Saya tak letak pun kerana kehabisan stock.

antara bahan diperlukan

lagi bahan diperlukan

tumis bawang putih dan masukkan cili kisar

masukkan daging cincang

sos prego

tomato cincang

tomato puree

last sayur sayuran sebab tak mahu terlalu masak

masuk garam gula herbs dan renihkan

tuang atas spagheti


boleh letak parmesan cheese atau fresh parsley

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger