Puding cendol adalah antara puding kegemaran saya yang tidak pernah saya cuba membuatnya sendiri. Setiap kali ada jamuan, saya pasti mengambilnya beberapa keping jika ianya dihidangkan sebagai kuih pencuci mulut.
Semasa ke Giant malam tadi, saya tiba tiba saja mengambil 1 pek cendol yang terletak dalam peti berhawa dingin. Sebelumnya saya tak pernah lagi membeli cendol kecuali di Kelantan di mana saya makan cendol bersama air sirap sahaja. Petang tadi saya mencari resepi yang ingin dicuba bagi membuat puding cendol.
Jom kita layan gambar gambar dan resepi yang saya gunakan ...
Puding Cendol
Bagi Lapisan Bawah
300ml santan pekat
160gm gula pasir
500ml air
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
180gm gula merah
10gm agar-agar serbuk
1 biji kuning telur
sedikit garam
Cara-cara
Bagi Lapisan Bawah
1.Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3.Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Basahkan acuan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
1.Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml tadi) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
2.Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
3.Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Nota:
Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan
![]() |
tuang cendol ke dalam bancuhan santan, gula dan agar agar yg mendidih |
![]() |
kacau sebentar |
![]() |
sejukkan dalam dulang dan kemudian dilorek dg garpu |
![]() |
Masak gula melaka dan air. Kemudian tapis |
![]() |
masukkan santan, telur dan garam |
![]() |
Tuang atas lapisan bawah perlahan lahan |
![]() |
Hidangkan sejuk sejuk |
![]() |
enjoy |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar